Friday, 26 August 2016

8 Resepi Berpantang Mesti Cuba Buat Ibu Berpantang

Ramai wanita terutama ibu moden masa kini memandang mudah pada amalan berpantang selepas bersalin. Akibat tidak mengamalkan cara berpantang yang betul sama ada dari segi pemakanan mahupun rawatan tradisi, ada sesetengahnya mengakui sakit badan dan sukar tidur malah ada ketika lenguh pada tangan dan kaki.

Hidangan yang salah semasa dalam tempoh berpantang akan memberi kesan kepada tubuh badan ibu selepas bersalin. Oleh itu elakkan hidangan pedas, gatal dan berlemak serta terlalu berminyak. Nanti memudaratkan kesihatan.
Bak kata orang tua-tua, badan nak pakai lama.

Di bawah ini kak mah nak share beberapa resepi berpantang yang boleh ibu-ibu cuba. Malah terbaik dan mudah untuk para suami bantu untuk masakkan juadah berpantang buat si isteri.

Tak susah mana pun.

SALMON PANGGANG BERLADA HITAM
*************************************

Sekeping salmon bersaiz sederhana
1 sudu teh lada hitam
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
sekeping kertas pembalut aluminium foil untuk balut ikan.

Cara:
1. Bersihkan ikan salmon
2. Tumbuk kasar lada hitam, halia, bawang putih dan lumur pada salmon bersama garam
3. perapkan kira-kira satu jam sebelum bungkus dalam ketas pembalut aluminium foil dan panggang di dalam kuali hingga masak.

kdt pic: sumber google


SAMBAL BILIS BERKUNYIT
**************************

100gm ikan bilis
3cm kunyit tua dikisar halus
3cm lempoyang dikisar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu minyak untuk menumis

Cara:
1. Goreng ikan bilis dan toskan minyak
2. Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam
3. Dengan kuali bersih, tumis pula bahan yang dikisar hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
5. Sedia dihidangkan.
 kdt pic: sumber google


IKAN SINGGANG HALIA
***********************

Seekor ikan halia selar sederhana
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 cawan air atau secukupnya
Garam
Asam keping

Cara:
1. Bersihkan ikan selar
2. Mayang halus halia dan bawang putih yang telah dibuang kulit
3. Kemudian masukkan ikan ke dalam periuk diikuti dengan halia, asam keping, bawang putih , air dan garam secukup rasa.
4. Reneh kira-kira selama 20 minit sebelum dinikmati.



SUP SAWI LOBAK MERAH
************************

1 ikat sawi
1/2 biji lobak merah
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa

cara:
1. Bersihkan lobak merah dan kupas tipis kulitnya. Potong lobak nipis2 agak senang empuk
2. Bersihkan sawi dan potong daun dan batangnya
3. Bawang merah dan bawang putih dikupas dan dimayang halus
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga empuk
5. Perasakan dan sedia untuk dihidangkan.




DAGING LADA HITAM
*********************

250gm daging batang pinang dihiris nipis
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu minyak
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara:
1. Rebus daging dengan api sederhana hingga empuk. Toskan tetapi jangan buang air rebusan tadi
2. panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan daging, kicap manis, kicap masin serta lada hitam. Gaul rata dan biar seketika
4. Kemudian masukkan sedikit air rebusan daging tadi dan biarkan sehingga pekat semula agar daging lebih lembut.
5. Lebih enak taburkan lada hitam dan siap dihidangkan dengan nasi panas




KERABU / URAP PEGAGA
************************

Pegaga secukupnya dan dihiris mengikut selera anda
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam
50g ikan bilis
1 inci halia muda
1 inci kunyit hidup

Cara:
1. Tumbuh bawang putih, bawang merah, halia muda, kunyit hidup, lada hitam sehingga lumat
2. Goreng semua bahan tadi tanpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
3. Selepas itu, gaulkan bahan-bahan tersebut bersama daun pegaga yang telah dihiris tadi.
4. Sedia dihidang dan sedap di makan bersama nasi panas.


 TEH HALIA
************

600ml air
4cm halia tua
1/4 ketul gula melaka
(kurangkan jika tak gemar manis)

Cara:
1. Kupas halia, pecahkan sedikit dan rebus gula melaka bersama air
2. Biarkan mendidih dan minum sewaktu suam

kredit pic: sumber photo


IKAN HARUAN KUKUS LADA HITAM
***********************************

1 ekor ikan haruan
30g halia
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis (jus diambil)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang / daun ketumbar

Cara:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit
2. Masukkan halia dan bawang putih
3. Masukkan sedikit air dan didihkan
4. Masukkan serbuk lada hitam dan jus limau serta garam
5. Untuk hiasan, tabur kan daun bawang dan daun ketumbar.

menu berpantang ibu bersalin
kredit pic: sumber google


Diet yang seimbang semasa dalam pantang penting terutama kepada ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan. Semasa dalam pantang, pemakanan sangatlah penting untuk pulihkan kesihatan selepas bersalin, mempercepatkan penyembuhan luka jahitan episotomi atau pun pembedahan Ceasarean.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...