Friday, 25 March 2016

~5 Tips Bantu Ibu-Ibu Atasi Situasi BAYI SONGSANG ~

Bayi songsang memang merisaukan...Ibu hamil kalau boleh, memang tak nak bayi songsang. Bukan apa,takut kena lahirkan anak secara pembedahan.
Kene kerat 7 lapis lapisan.


5 tips mudah balikkan anak songsang.

1. SOLAT HAJAT
Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan. Solat hajat bagus dilakukan sepanjang hamil untuk memudahkan proses kehamilan dan bersalin.

2. DOA
Amalkan Doa membalikkan bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Ingat je baca tau! InshaAllah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.

3. MINUM AIR SOLAT HAJAT
Lebih afdal sekiranya air solat hajat untuk membalikkan kedudukan bayi songsang tersebut dibuat oleh ibu bapa sendiri. Amalkan setiap hari sehingga kedudukan bayi songsang kembali normal.  




4. BERCAKAP DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Tips ke 4 ni paling mudah, sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa.

5. BANYAKKAN BERADA DI DALAM KEADAAN BERSUJUD
Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat.
Dengan izin Allah, kedudukan bayi songsang kembali normal.
Berusaha la dan InsyaAllah selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel.

SHARE jika rasa bermanfaat. (>‿◠) (>‿◠)

*****************************************************************

Mungkin anda berminat dengan BENGKUNG MODEN (Bedah & Normal)
KLIK SINI >> BENGKUNG MODEN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...