Hari nie mood nak update tentang salah satu produk
baby yang saya guna untuk atasi masalah “cracked nipple”. Alhamdulillah berjaya
juga fully breastfeed si bantal busuk buah hati saya tu sampai 2 tahun lebih
dah. Skang ni slow-slow tengah ajar Iman wean off tapi makin menjadi-jadi pulak
manja dia. Taktik nak amik hati saya agar masih izinkan dia nenen. J
Monday, 30 December 2013
Thursday, 26 December 2013
Looking to Lose Weight? Shaklee’s Cinch Shake Jawapan Anda
Bila tiba cuti sekolah
pasti banyaklah undangan majlis kenduri. Hujung tahun la jugak ramai yang apply
cuti tahunan untuk dihabiskan. Duduk rumah atau pergi bercuti pasti makan yang
sedap-sedap. Ramai yang lupa nk jaga kesihatan badan. Lemak-lemak lama dah jadi
tepu, datang pulak lemak baru.
Thursday, 12 December 2013
Apa Nak Buat Bila Bayi Asyik Menangis
Bunyi tangisan bayi
berbeza-beza mengikut mood dan keadaan bayi dan kadang-kadang, sebab tangisan
sukar dikenalpasti walaupun oleh ibubapa sendiri. Jika bayi menangis ketika anda
sedang menjaganya, cuba amati kemungkinannya dari senarai berikut:
Monday, 9 December 2013
Catatan Perjalanan, Badan Kurus Jangan Sangka Kolesterol Tiada
Hari ini, genap lah
5hari selepas habis kerja kawan saya
amalkan makan Quaker Oatmeal untuk isi perut yang lapar. Caranya cukup mudah,
beberapa sudu Oat dicampur dengan air panas tak kisahlah dengan susu atau
minuman lain yang boleh ditelan . Kawan saya ni bukan penggemar oat, katanya tak sedap, tawar rasa macam makan
makanan bayi katanya.
Tuesday, 3 December 2013
Tertekan !! Suami Enggan Buat Ujian Kesuburan?
Kenapa ya tak juga
hamil-hamil. Usia saya sudah 36, suami
saya sudah 40an, dah berkahwin lebih
dari 7 tahun. Bayangkan, saya sudah berubat ke mana-mana, semua bahkan sudah
pernah berurut , minum dan makan jamu yang tak sedap dan pahit tu kerna ikut
saranan orang tua-tua. Jumpa doktor pun sudah berkali-kali, dari tiup rahim,
suntik hormon, HSG, periksa dalam pun dah. wah memang penat, duit pun dah banyak
melabur.
Masalah pula suami saya
tak mahu buat pemeriksaan sperma. Alasannya
sperma saya pasti bagus tak payah
diperiksa, awak je la yang berubat. Apa yang saya nak cakap lagi? Saya jadi
malas dan berserah je sekarang. Perkara begini buat saya
makin tertekan.
Setiap kali menghadapi
saat datang bulan, kalau lambat sikit, hati dah teruja ingatkan pregnant . Tapi
bila cek hampa!!!
Demikian curahan hati seorang ibu kepada saya. Adakah anda juga ada
masalah begitu?
Sebenarnya anda tidak bersendirian. Kalau kita baca di forum –forum
kehamilan, begitu ramai yang ingin hamil tapi masih tak berpeluang . Mulai
dari masalah keputihan, sperma suami kurang bagus , cair, sedikit , cyst, pcos ,masalah haid
hinggalah masalah kegemukan.
Kadangkala tanpa kita
sedari faktor tekanan yang mungkin menyebabkan kita sukar hamil. Badan letih
dan tak bermaya adalah potensi kepada hubungan kelamin yang tak menjadi. Emosi yang sering kerisauan
penyumbang kepada fikiran yang kalut.
Penyelesaian nya kadang
kala mudah je tapi kita tak nampak. Alhamdulillah, ramai yang berjaya hamil hanya dengan mengamalkan vitamin tambahan. Vitamin untuk kesihatan, bantu melengkapkan apa yang kurang dalam tubuh badan kita. Al maklumlah, bukan mudah zaman kini nak amalkan diet dan piramid makanan yang betul.
Alhamdulillah, testimoni dari pelanggan kami yang telah berjaya hamil dengan mengamalkan vitamin.
Testimoni :Cyst bukan penghalang untuk hamil kembali.
Alhamdulillah, testimoni dari pelanggan kami yang telah berjaya hamil dengan mengamalkan vitamin.
Testimoni :Cyst bukan penghalang untuk hamil kembali.
Testimoni: Masalah kitaran haid tak teratur, lepas sebulan amalkan vitamin, akhirnya berjaya hamil
Kenali SET KESUBURAN. Apa kelebihan nya?
Saya memahami tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang ingin punyai zuriat, tekanan menghadapi orang sekeliling yang kerap bertanya semestinya sesuatu yang merimaskan.
Namun, jadikan ia sesuatu yang positif dan jalani kehidupan dengan hati yang riang.
Tidak adil rasanya sekiranya membiarkan si isteri sahaja yang berusaha, suami juga patut mengalah dan akur untuk sama-sama berusaha. Ada kajian dilakukan ke atas lelaki perokok, ada kemungkinan peluang untuk hamil juga sukar kerana benih dari seorang perokok kurang berkualiti dan sedikit. Jangan mendabik dada pula sekiranya anda seorang perokok tapi isteri anda tetap hamil.
Harapan saya agar anda dan suami lebih memahami tentang masalah yang dihadapi dan mencari jalan keluar bersama agar boleh mewujudkan keinginan untuk segera hamil.
Saya memahami tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang ingin punyai zuriat, tekanan menghadapi orang sekeliling yang kerap bertanya semestinya sesuatu yang merimaskan.
Namun, jadikan ia sesuatu yang positif dan jalani kehidupan dengan hati yang riang.
Tidak adil rasanya sekiranya membiarkan si isteri sahaja yang berusaha, suami juga patut mengalah dan akur untuk sama-sama berusaha. Ada kajian dilakukan ke atas lelaki perokok, ada kemungkinan peluang untuk hamil juga sukar kerana benih dari seorang perokok kurang berkualiti dan sedikit. Jangan mendabik dada pula sekiranya anda seorang perokok tapi isteri anda tetap hamil.
Harapan saya agar anda dan suami lebih memahami tentang masalah yang dihadapi dan mencari jalan keluar bersama agar boleh mewujudkan keinginan untuk segera hamil.
Tetap berusaha, berdoa, bersyukur dan bersemangat!
============================================================
============================================================
Sila jangan abaikan konsultasi yang betul dari pengedar yang betul.
Ingin dapatkan produk hebat ini? Hubungi:
CALL/SMS/ wsapp 017-6706342 (Azimah)
Emel: mamaBatrisyia82@gmail.com
PM FB: Azimah Su'ut
FB page: Mama Batrisyia e-shoppe
Area COD saya di kawasan UPM Serdang, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi, Kajang, Puchong, Putrajaya, Bukit Mahkota dan Kuala Lumpur (area Pavillion, Klcc, Bukit Bintang dan beberapa kwsn lain), Miri, Sarawak. Jika kawasan anda tiada dlm senarai, boleh hubungi dan maklumkan saya.
Penafian: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis,merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Wednesday, 20 November 2013
Pening Dan Letih Masa Hamil ,Petanda Menghidap "Anemia"
Anemia atau kurang
darah adalah kondisi di mana jumlah sel darah merah atau hemoglobin (protein
pembawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah normal. Sel darah merah
mengandungi hemoglobin yang berperanan dalam mengangkut oksigen dari paru-paru dan
menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Friday, 1 November 2013
Rambutku Kian Gugur
Tak suka rambut gugur ! Tiada siapa pun yang suka rambut gugur banyak kan.
Cepat lihat dalam bilik
air, celah-celah dinding, di lantai rumah dan di mana sahaja sekitar rumah. Ada
rambut tak?
Masalah rambut gugur
dikalangan wanita sama ada rambut pendek, rambut panjang dan wanita lepas
bersalin. Paling ketara jika kita mempunyai rambut panjang dan baru je beberapa
bulan selepas bersalin rambut pun gugur.
Wednesday, 23 October 2013
~Love It !! Vitamin C Shaklee Paling Hot Di Pasaran !! ~ Saya Pun Nak Vitamin C Shaklee ~
Fenomena vitamin C Shaklee kini kembali bermula, baru beberapa hari di pasaran penangan nya cukup hebat. Stok baru sehari dapat, cepat je dah licin. Sebab hati happy je hari ni, maka saya nak update mengenai vitamin C kerana bukan semua orang tahu manfaat vitamin c pada tubuh sebab dah biasa saya ditanya oleh pelanggan ape yang best sangat vitamin c ni.
Saturday, 19 October 2013
Cemburu Akak Sebelah Rumah Anak 7, Tapi Badan Masih "GORGEOUS"
Cemburu lihat akak sebelah rumah, anak dah 7, tapi badan anak dara pun kalah. Kalau pakai baju kebaya memang terserlah cantik dengan ketinggian ala-ala Che Ta gitew. Che Ta tengok pun mau menangis. Selepas sahaja
melahirkan anak, bentuk badan jadi berubah adalah masalah biasa yang dialami
kebanyakan kaum ibu, tidak terkecuali saya.
Sunday, 13 October 2013
Berpantang Lepas Bersalin CAESERAEN
Selepas tempoh kehamilan 40minggu dan proses bersalin tubuh ibu memerlukan tempoh untuk pulih kembali dari segala kecerderaan luka dan menstabilkan kembali paras hormon. Kelahiran secara pembedahan sering kali menjadi masalah besar dan ramai yang tak tahu apa yang tidak boleh dilakukan.
Perah Bila-Bila Masa Je
Selepas bersalin pada
hari ke berapa patut anda mula mengepam stok susu? Dalam sehari , berapa kali
pula patut mengepam? Jadual kerja anda
pula tak menentu untuk membolehkan anda mengepam secara konsisten bila kembali
bekerja kelak.
Ooo.. anda perlukan panduan
bagaimana nak simpan stok susu yang banyak dengan situasi di atas?
Thursday, 10 October 2013
Merancang Kehamilan Seterusnya, Bila Masa Yang Sesuai?
Dalam dilema, anda baru
melahirkan anak kedua yang kini usianya baru 6 bulan. Atas faktor usia, anda
mahu menambah sekurangnya seorang lagi anak. Bila masa yang sesuai untuk anda
rancang kehamilan?
Soalan "bila" adalah bergantung
pada keadaan individu. Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira.
Wednesday, 9 October 2013
60% susu ibu segar, 40% susu ibu beku
Mama Jumie mengeluh
sukar nak menganggar berapa banyak stok perahan susu ibu segar yang patut
disediakan untuk anak di rumah pengasuh. Berapa oz yang segar, berapa oz yang
beku perlu dicairkan?
Susu ibu faktanya merupakan bahan hidup yang begitu
berharga sehingga ianya dikenali sebagai darah putih. Disebabkan itulah maka
begitu penting anda menyimpan susu ibu dengan betul untuk memaksimumkan kualiti
nutrient dan bahan anti-jangkitan yang terkandung di dalamnya.
Saturday, 5 October 2013
Rahmat Di Sebalik Dugaan Itu
Keajaiban boleh berlaku
kepada siapa sahaja dan di mana sahaja. Ingin saya kongsi pengalaman pesakit
kanser perut yang saya beri nama N. N
wanita berusia 21tahun berjaya mengharungi saat getir sewaktu menghidap kanser
. N berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur berjaya berjuang sebanyak dua
kali melawan kanser yang dideritai nya.
Thursday, 19 September 2013
Set Anak Pintar & Bijak Terbaik !! ( SMART BRAIN + STRESS FIGHTER)
Ibu bapa sering sibukkan
persiapan sekolah anak2 lebih kepada fizikal dan perkakasan sekolah. Semua ibu
bapa begitu namun berapa kerat yang pentingkan persiapan MINDA dan IQ anak?
Kita sebagai ibubapa sering merungut bila anak malas nak belajar, malas buat homework
dan lebih suka habiskan masa main Ipad, main game dll. Bila anak malas baca
buku sekejap je dah mengantuk dan tak fokus.
Thursday, 12 September 2013
Stok Susu Masa Pantang: Berapa Botol Susu Kena Ada Sebelum Mula Kerja?
Jangan anda tidak
percaya, memang ada ibu yang dapat menyimpan beratus stok susu semasa dalam
tempoh berpantang bilamana usaha ini dimulakan seawal bayi 2 minggu. Kagum tak? Namun tidak semua orang
bertuah seperti ibu itu. Oleh kerana, semasa berpantang penyusuan secara terus adalah digalakkan,
sudah tentu kadang-kala ada ibu yang cuma dapat 1-2oz sahaja.
Wednesday, 11 September 2013
Kulit Ibu dan Bayi Makin Cantik, Stok Susu Makin Banyak, Stretch Mark Makin Pudar. Memang Tak Tipu!!
Salam sejahtera semua pembaca blog Mama
hari ni. Hari ini saya nak update entri express untuk anda semua. Saban hari
saya menerima soalan-soalan tentang penyusuan ada yang bertanya pada saya soalan yang pelbagai. Oleh itu hari ni saya nak jelaskan segala persoalan anda tu.
Monday, 9 September 2013
Stok Susu Masa Pantang: Bila Boleh Pam Susu?
Stok susu ibu yang
mencukupi sangat penting bagi memastikan bayi tidak terputus bekalan susu ibu
selepas kembali bekerja. Oleh itu, perlu buat persediaan iaitu mengumpul
seberapa banyak stok susu sepanjang tempoh berpantang. Jom kita kongsi beberapa
persediaan untuk membuat stok susu semasa tempoh berpantang.
Thursday, 5 September 2013
Dulu Badan Bulat Dan Berisi, Tetapi Kini Baju Lama Dah Boleh Pakai Kembali Tau
Lepas raya ramai
mengadu berat badan naik, itu normal lah kalau makan tak ingat. Memang tak ingat
sebab makanan di hari raya memang sume sedap. Lagilah yang dah lama tak balik
kpg dan rasa masakan air tangan mak mesti selera berganda-ganda. Balik dari kpg, selera
tak turun, tapau plak biskut raya dan kepek2. Setiap minggu nak attend majlis
open house pulak kan.
Monday, 2 September 2013
Bajet Rabak Kerana Makan
“ Hari ini mak letih,
malas nak masak.. jom kita makan kat luar.” “ Adik rasa nak makan steak daging la mama, boleh tak kita makan
kat luar hari ni? "
Ayat-ayat begini memang
dah biasa kita dengar dan masyarakat sekarang memang mudah mencari tempat makan
di luar rumah. Kalau kita tinggal di Bandar, mencari tempat makan antara paling
mudah yang penting poket ada wang, restoren pula pelbagai, ada mamak, ekslusif,
“fast food”, gerai atau makan kat hotel.
Kalau malas nak keluar rumah tapi teringin nak makan di bandar, kalau malas
keluar rumah pun takpe, tak akan kebulur pun.
Wednesday, 28 August 2013
Vivix ~ Suplemen Terbaik Untuk Mak & Ayah ~
DIA UMUR DAH MENINGKAT,
TAPI NAMPAK MUDA JE SEDANGKAN AKU SEBAYA DIA TAPI DAH NAMPAK TUA SEBELUM USIA.
Apa rahsia dia ye...
Penuaan boleh
dilambatkan?
Yer, betul, penuaan
boleh dilambatkan… kedut-kedut diwajah boleh dilambatkan jika kita amalkan cara
hidup sihat, pemakanan yang sihat serta mengamalkan suplemen TERBAIK
antipenuaan VIVIX Shaklee.
Tuesday, 30 July 2013
Bersama Tapi Masih Tak Hamil (18sx)
Sudah lama anda dan
pasangan merancang untuk mendapat anak, namun masih tiada tanda-tanda hamil. Kerap
bersetubuh sangat digalakkan untuk meningkatkan lagi kemungkinan anda hamil dan
peluang untuk hamil itu sangat cerah. Entri kali ni mungkin ada yang kurang
selesa namun sebenarnya ia adalah perkongsian ilmu buat para suami isteri yang
berusaha untuk punyai cahaya mata.
Monday, 29 July 2013
Ketahui Cara Bantu Anak Speech Delay @ Lambat Berbicara
Tak sedar rupanya cepat betul masa berlalu, anak saya Iman Nur Batrisyia kini dah 1y9m. Seronok sangat bila dengar Iman menyebut perkataan pertama nya "papa" dan "mama". Sekarang kosa katanya dah bertambah, boleh sebut "taknak","nak", "bye","dah" dan beberapa perkataan pendek lagi. Selebihnya Iman dah memahami apa yang kita cakap padanya dan biasalah budak-budak lebih selesa dengan bahasa tubuh nya.
Sunday, 21 July 2013
Akibat STRESS dan JIWA KACAU, Susu Merudum. Tetapi Sejak Bantuan ESP& Alfalfa, Jiwa Lebih Tenang, Hati Pun Senang, Susu Makin Banyak dan Pekat
Penghasilan susu ibu
sangat dipengaruhi oleh faktor kejiwaan. Ketika menyusu, seorang ibu memerlukan
ketenangan fikiran dan sebaiknya jauh dari perasaan tertekan (stress) kerana ia
memberi pengaruh terhadap pengeluaran susu ibu dan keselesaan bayi ketika
menyusu.
Kadang-kadang ibu
berasa tidak percaya diri kerana air susunya kurang. Ditambah lagi pendapat dan
saranan yang salah dari orang lain menyebabkan ibu cepat berubah fikiran dan
menjadi stress. Akibatnya, ia dapat menekan reflex dan susu ibu tidak akan
dihasilkan dengan baik.
Tuesday, 16 July 2013
Berpuasa Bantu Singkir “RACUN” Dalam Perut.
Orang kata perut sarang
penyakit. Oleh itu berpuasa sangat bagus untuk bantu singkir “racun” dalam
perut. Berpuasa memberi ruang masa yang cukup untuk organ pencernaan seperti
usus, pankreas dan hati untuk bekerja melakukan kerja-kerja pembersihan di
samping membantu memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan
beban makanan harian yang kita makan.
Thursday, 11 July 2013
Nak Yang Simple Dan Mudah ~ ESP Protein & Alfalfa Pilihan Tepat
Menyusui anak dengan
susu ibu merupakan pengalaman yang amat bermakna dan manis bagi setiap ibu.
Namun, cabaran yang dihadapi menuntut kesabaran dan iltizam yang tinggi juga.
Oleh itu , pemakanan yang seimbang adalah penting agar ibu bersedia daripada
segi mental dan fizikal untuk menempuh hari-hari mendatang.
Sunday, 30 June 2013
Risiko Melahirkan Bayi Prematur / Pramatang
Kelahiran pra-matang
ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh
berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi
kehamilan.Tahukah anda risiko
kesihatan yang bagaimana boleh meningkatkan risiko anda melahirkan bayi
prematur?
Saturday, 22 June 2013
Resdung Risiko Jangkitan Otak
Anda batuk, kerap
bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan
tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan
yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai
diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Friday, 21 June 2013
Fakta Menarik Tentang "Newborn" Anda
Bayi bukanlah manusia
biasa yang bersaiz kecil. Meskipun pertumbuhan dan perkembangan bayi berjalan
menurut norma-norma tertentu, Ia memiliki sifat yang berbeza dengan orang
dewasa dan tetap bergantung kepada orang dewasa.
Thursday, 20 June 2013
Masalah Resdung ~ Membawa Maut Dan Kecacatan?
Apa sebenarnya resdung?
Resdung ialah masalah peradangan pada rongga-rongga SINUS (iaitu rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung) yang berpunca dari jangkitan bakteria/virus.
Wednesday, 19 June 2013
Healing Crisis ~ Pening Kepala Makan Vitamin?
Ada yang mengadu pada
saya pening kepala bila ambil supplemen atau ada juga simptom lain. Mengapa
terjadi? Ada yang ambil supplemen ok je, takde masalah pun. Meh saya story
mengapa ia berlaku.
Tuesday, 18 June 2013
Dengan MEAL SHAKE & PERFORMANCE DRINK ~ Insyallah Bantu Puasa Anak-anak Jadi Lebih Mudah
Ramadhan adalah bulan yang paling
dinantikan.
Sudahkah anda melatih
anak-anak anda untuk ikut berpuasa tahun ini?
Puasa memang datangnya
setahun sekali. Namun, dalam membiasakannya pada anak-anak akan jauh lebih
berat daripada kita membiasakan anak
untuk solat. Lebih mudah lagi jika anak anda adalah jenis anak yang susah
makan. Tapi, bagaimana dengan anak yang hobinya makan?
Saturday, 15 June 2013
Minuman Wajib Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa ~ Performance Drink
Marhaban Ya Ramadhan.
Hanya tinggal beberapa
minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Bulan
yang penuh keberkatan. Pastinya kita sebagai umat Islam sudah tidak sabar-sabar
nak menyambut ketibaan bulan barakah ini.
Wednesday, 12 June 2013
Kombinasi MILK BOOSTER TERBAIK dan TERLARIS ~ ESP & Alfalfa
Syukur Alhamdulillah,
kini rata-rata ibu menyusu mulai percaya dengan supplemen Shaklee yang banyak
membantu penyusuan ibu-ibu. Ramai ibu menyusu yang dah mencuba dan mendapat
kesan positif dengan bantuan set penyusuan ni.
Disebabkan populariti set penyusuan ni, ramai ibu hamil yang memilih
vitamin Shaklee ni untuk diamalkan sejak hamil dan meneruskan amalan
pengambilan vitamin ni sehingga proses berpantang dan berjaya penyusuan
ekslusif.
Tuesday, 4 June 2013
Sukar Hamil : Tips Ingin Cepat Hamil
Setiap pasangan suami isteri tentu ingin memiliki keturunan. Namun, terkadang ada beberapa pasangan yang susah sangat nak hamil. Bahkan ada yang sudah bertahun-tahun berkahwin masih belum memiliki keturunan.Sudah buat pemeriksaan doktor, tiada masalah pun. Sukar hamil boleh jadi disebabkan oleh faktor genetik. Namun, bukan sedikit adalah disebabkan oleh ketidaktahuan tentang hal-hal kehamilan
Thursday, 23 May 2013
Sukses Menyusui Dengan Puting Tenggelam "Inverted Nipple". Mengapa Tidak?
Ingin menjadi wanita
dan ibu yang berjaya menyusui kesemua anak yang dilahirkan bukan lah mudah.
Banyak rintangan dan cabaran harus dilalui untuk mencapai matlamat ni. Namun,
berkat sabar dan usaha gigih pastilah akan membuahkan hasil yang memuaskan.
Saturday, 18 May 2013
Tingkatkan "Kemantapan" Si Lelaki" Tampil Muda Dan Bertenaga
Dialah ketua, dialah
idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi
anak-anak mahupun isteri untuk berlindung. Mari kita tepuk dada sejenak,
bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk
menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha
sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang
bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!
Labels:
Omega,
Tips Kesihatan,
Vitamin E,
Zinc
Wednesday, 8 May 2013
Ketahui RAHSIA Vitamin SHAKLEE Dalam Membantu Penyusuan Ibu
Ibu permata hati.
Ibu teman sejati.
Biarpun pelbagai
jolokan diberi; mummy,mama, emak,mak dan umi dan sebagainya namun orangnya
tetap sama. Orang teristimewa dan yang membesarkan dan mengasuh kita. Teman
susah senang tatkala duka dan suka yang kita akan kenang dan ingat sampai mati.
Walau sebutan ibu semudah 2 suku kata, namun menjadi dan mengalas tuhas seorang
ibu bukanlah semudah disangka.
Thursday, 2 May 2013
Anak Dah Suka Makan Nasi, Berat Badan Juga Makin Bertambah, Dulu Alergik Telur Kini Tidak Lagi
Si manja sering enggan
makan semasa waktu makan, tetapi merungut lapar setengah jam selepas itu. Anak
kecil mempunyai perut yang kecil dan tidak munasabah untuk memaksa mereka
mengikuti corak pemakanan orang dewasa.Hidangkan jumlah kecil sewaktu makan dan
sediakan snek berkhasiat: susu dan biskut kosong, jus dan separuh pisang.
Monday, 29 April 2013
3 Perkara Harus Dihindari Semasa Keputihan
Keluhan yang sering didengari oleh kaum wanita adalah tentang keputihan. Keputihan
disebabkan oleh infeksi di bahagian kewanitaan yang biasanya disebabkan
oleh jangkitan candida, di mana
jika jangkitan ini menjangkiti kawasan
kemaluan secara berlebihan akan menyebabkan keluarnya cairan yang tidak normal
yang disebut keputihan.
Wednesday, 24 April 2013
Anak Suka Pukul Diri Sendiri, Anak Suka Hantuk Kepala Ke Dinding
Ada anak yang suka
memukul kepalanya apabila ada perkara yang menimbulkan kemarahannya dan
menggunakan benda yang ada disekeliling. Adakah ia satu perkara yang serius dan
akan berlanjutan sehingga dewasa? Menurut kajian,
dianggarkan sebanyak 20% bayi dan kanak-kanak akan menghantukkan kepala mereka.
Thursday, 18 April 2013
Set Kulit Cantik ~ Jerawat Kecut & Parut Makin Pudar ~
Kulit yang cantik dan
gebu, paling tidak pun tiada jerawat adalah idaman semua orang bukan setakat
wanita tetapi kini lelaki pun sibuk jaga kulit. Jenis rawatan wajah yang
bagaimana pilihan anda? Mengamalkan vitamin, menggunakan plasenta atau uri,
suntikan atau kolagen. Pilihan ditangan masing-masing, asalkan selamat untuk
tubuh badan.
Perbezaan Antara Rawatan Kolagen,Plasenta Dan Vitamin.
Pelbagai produk kecantikan wajah kini berada dipasaran. Di laman sosial seperti Facebook, banyak sungguh yang menjual produk kecantikan yang berasaskan kolagen. Salah satunya kolagen rumpai air. Tidak kurang juga yang menjual vitamin kecantikan untuk kulit. Namun tahukah anda apa beza diantara kolagen, plasenta dan vitamin?
Demam Panas Usah Dipandang Ringan!
Pernahkah anda
mengalami situasi anak kecil anda demam panas dan suhu badannya naik hingga
40°C? Jangan biarkan ia berlaku! JIka ia dibiarkan, anak anda mungkin terkena
sawan demam panas. Lap badannya dengan air dingin dari paip untuk menurunkan
suhu badannya. Pastikan juga ubat demam diberikan mengikut sukatan dan tempoh masa secara konsisten sehingga
suhu badannya kembali stabil.
Friday, 12 April 2013
Susu Badan Bertambah, Badan Lebih Bertenaga, Dapat Pula Berat Badan Asal, Paling Best Cik B Tak Kendur Bantuan Set 3M
Susu ibu adalah sumber
makanan yang paling baik. Ia mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi
protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Para ibu yang
berusaha menyusukan bayi secara ekslusif sekurang-kurangnya 6 bulan adalah
suatu usaha yang mulia.
Wednesday, 3 April 2013
Impak Sebatang Rokok
Merokok adalah sayu isu
klasik yang tidak akan pernah putus untuk dikaitkan dengan kehidupan manusia.
Walaupun sudah mengetahui rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit, para
perokok tegar masih lagi berpendirian tetap untuk terus merokok.
Beberapa alasan atau
mitos yang perlu diperbetulkan kebenarannya.
Tuesday, 2 April 2013
Teruja Hilang 25kg Hanya 5 Bulan Sahaja
Alhamdulillah, sejak
set slimming ibu menyusu yang mengandungi ESP,Lecithin, juga Alfalfa ini
diperkenalkan, sambutan hangat yang saya terima dari para ibu-ibu yang
menyusukan, dalam masa yang sama menghadapi masalah berat badan berlebihan
mahupun inginkan berat badan ideal,
iaitu tidak juga gemuk, tidak juga kurus. Orang cakap sedang-sedang je, kalau
kurus sangat tak cantik pula kan.
Tuesday, 26 March 2013
Dulu Saiz XXL, Kini Dah Saiz S Dengan Set Slimming Ibu Menyusu
Ramai ibu selepas
bersalin, berjaya mendapatkan berat badan ideal sementelah penyusuan bayi banyak
membantu mendapatkan bentuk badan dan
berat badan asal. Namun, bukan sedikit yang berjaya menurunkan berat badan ye.
Selebihnya masih tidak berjaya dan ramai yang lepas bersalin makin dipam-pam
badannya.
Sunday, 24 March 2013
Vivix Bantu Lambat Penuaan Wajah
RAMAI wanita bimbang
dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses
semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi
organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat.
Thursday, 21 March 2013
Supplemen Untuk Suami Isteri Bekerja
Ramai masih kurang arif tentang suplemen dan
keperluan mengambilnya. Suplemen perlu di ambil bagi menangani masalah
pencemaran dan pengambilan pemakanan segera dan tidak teratur. Contohnya
seperti saya. Saya pasti saya tidak keseorangan kerana pastinya berjuta orang
di luar sana pemakanan nya tidak teratur.
Wednesday, 20 March 2013
Doa Perbanyakkan Susu Ibu
Ibu-ibu,
Sejauh mana kita berusaha utk menambah susu badan
kita, jangan kita lupa REZEKI itu dari ALLAH SWT...
Maksudnya:
Sunday, 17 March 2013
Bayi Kerap Kembung Perut "Colic"?
Kembung perut atau
colic biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam setiap 10 bayi mengalami kembung perut.
Wednesday, 13 March 2013
Mastitis "Duktus Susu Tersumbat"
Selepas malahirkan dan
menyusui bayi, ibu kadangkala megalami masalah duktus atau salur susu tersumbat
dan mastitis atau keradangan payudara. Kadangkala berlaku susu tersekat pada salah satu
bahagian payudara. Keadaan ini namanya “ duktus susu tersumbat”.
3 Minggu Amalkan ESP dan Set D Kulit Saya Jadi Cerah, 1 bulan Amalkan Vitamin E Lubang Parut Jerawat Saya Pun Mengecut
Menghaluskan kulit
wajah menjadi halus lembut, bebas jerawat dan mulus adalah impian setiap
wanita. Tetapi tahu kah anda minum air putih je pun tidak cukup. Memang kulit
yang terhidrasi baik adalah contoh kulit sihat, namun ia bukan satu-satunya
rahsia kulit cantik.
Monday, 11 March 2013
Derita Kerana Sengugut Dah Hilang, Kitaran Haid Jadi Teratur
Entri kali ni ingin
update pasal haid tidak teratur dan
senggugut. Dalam hidup seseorang wanita
, bila tidak datang haid atau lambat datang haid pada waktu atau tarikh yang
biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang
memang mengharap untuk hamil ialah 'Mungkin kah aku hamil?'
Labels:
GLA,
Testimoni GLA
Thursday, 7 March 2013
Istimewanya Menjadi Seorang Wanita
Alhamdulillah. Saya bersyukur dilahirkan menjadi
seorang wanita dan muslimah.
1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Labels:
Agama
Bukan Sekadar Susu Banyak Pekat Kekuningan, Kulit Juga Cantik, Ada Masalah Keputihan Pun Hilang
Meningkatkan produksi
susu ibu adalah situasi yang sangat kritikal di kalangan ibu menyusu. Alhamdulillah,
nasib baik lah sistem laktasi manusia sangat fleksibel, walaupun susu merudum ,
dalam satu-satu situasi produksi susu tetap boleh ditingkatkan walaupun dalam
keadaan bukan “full supply”. Jadi, apabila susu “drop” jangan cepat gelabah dan
panik, cari punca masalah dan atasi sebaiknya segera.
Monday, 4 March 2013
Selulit Tidak Manis Dipandang
Kesan regangan atau selulit dialami oleh 70% wanita hamil.
Ia juga dialami oleh golongan remaja, obes dan ahli bina badan. Jika tidak
dirawat, kesan tersebut akan menjadi kekal.
Selulit bukanlah sekadar gumpalan lemak biasa. Ia merupakan timbunan
sel-sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan.
Sunday, 3 March 2013
Rahsia Ciuman
Manfaat ciuman ternyata
sangat banyak. Cara ciuman yang cantik
dan sihat, siapa yang tak suka dengan ciuman dari pasangan kan? Ciuman tentu sahaja perlu tarikan khusus, barulah kita menikmati ciuman yang
sebenarnya.
Saturday, 2 March 2013
This Is The Perfect Broccoli Cheese Soup Recipe !! A Must Try Recipe.
Berapa ramai antara
kita penggemar sup. Tak kisah lah sup apa pun asalkan sup. Kalau kita sedang
berdiet atau tidak mahu makan nasi, sekurang-kurang nya alas perut dengan sup
berkrim pun dah cukup memadai. Ada beberapa
resepi yang boleh dicuba khas buat ibu menyusu dan hamil. Sangat berkhasiat,
ekonomi dan cukup praktikal untuk dicuba sendiri di rumah.
Thursday, 28 February 2013
Tak Yakin Sungguh Dapat Puasa Penuh , Bantuan Set 3M dan Performance Drink (PD) Tak Perlu Risau Bayi Tak Cukup Susu
JIKA anda fikir puasa
mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan
minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset
sama sekali. Jika nak tahu susu badan ibu akan jadi lebih rancak dengan adanya
semangat, tanggapan dan minda positif untuk terus susukan bayi.
Saturday, 23 February 2013
Apa Punca Bayi Meragam Malam?
Sebenarnya dengan membiarkan bayi tidur dalam pelukan tidak menjadi masalah, asalkan tidak dijadikan kebiasaan. Ini kerana, apabila dibiasakan bayi tidak akan memiliki rasa percaya diri setelah besar. Semasa didakap, bayi akan rasa selesa dan tenang, serta mudah tidur nyenyak. Akan tetapi, para ibu bapa tidak perlu bersusah payah untuk menggedong bayinya ketika mahu tidur.
Friday, 22 February 2013
ESP Protein + Alfalfa Buat Kulit Bayi Cerah Dan Gebu, Susu Banyak dan Pekat
Apabila anda melahirkan
seorang bayi baru, mesti anda terfikir bagaimana untuk menjaga kulit yang
cantik dan sangat “fragile” itu. Bayi mempunyai kulit yang sangat nipis dan
sensitif, jauh berbeza dengan kulit individu dewasa. Tidak disangkal bagaimana
perasaan anda apabila merasai kelembutan kulit bayi anda, tetapi kita tak
perasan penjagaan yang diperlukan untuk menjaga kulit bayi bukanlah mudah.
Thursday, 21 February 2013
Terujanya Nak Bersalin
Hampir bersalin?
Kekerapan membuang air kencing merupakan satu tanda kehamilan pada peringkat awal dan pada akhir kehamilan. Pada bulan terakhir kehamilan, kekerapan buang air kencing adalah disebabkan tekanan kepala bayi pada pundi kencing terutamanya pada waktu malam.
Kekerapan membuang air kencing merupakan satu tanda kehamilan pada peringkat awal dan pada akhir kehamilan. Pada bulan terakhir kehamilan, kekerapan buang air kencing adalah disebabkan tekanan kepala bayi pada pundi kencing terutamanya pada waktu malam.
False Alarm ~ Ramai Yang Tertipu ~
Sebenarnya hampir setiap ibu
mengandung yang bakal melahirkan anak mengalami perkara ini iaitu ’FALSE ALARM’
Apakah ’False Alarm’ dimaksudkan ?
Tuesday, 19 February 2013
Turun Berat Badan Dengan Set Slimming Shaklee Ternyata Lebih BEST !!
Keinginan mempunyai
badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna
hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan
yang boleh membahayakan diri mereka. Ada antara mereka yang
cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan
diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti
bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).
Monday, 18 February 2013
Ooohh..Pedih Hulu Hati Semasa Hamil?
Ramai wanita berdepan dengan penyakit hulu hati
semasa mengandung. Pedih hulu yang juga dikenali sebagai ketidakcernaan asid
atau asid refluks, merupakan sakit dada yang berterusan daripada bahagian bawah
perut sehingga bahagian bawah tekak. Walaupun ada juga yang tidak pernah
mengalami pedih hulu hati, mereka mungkin berdepan dengan rasa panas yang
sangat teruk dibahagian dada semasa hamil.
Sunday, 17 February 2013
Wow.. Dulu 88kg, Kini 81kg Dengan SET 3M
Semasa hamil ada antara
ibu-ibu mengalami peningkatan berat badan yang sangat mendadak dan sukar untuk
menguruskan diri kerana cepat berasa letih.
Selepas bersalin pasti
semua berusaha untuk kurus bukan sahaja kerana mahu kelihatan cantik tetapi
mahu menjadi seorang yang sihat dan dapat melakukan aktiviti dengan cergas.
Saturday, 16 February 2013
Penting !! Let Down Reflex Dalam Penyusuan
Hormon oksitosin juga terhasil apabila ada
rangsangan oleh hisapan bayi. Hormon nin dirembeskan oleh bahagian posterior
kalenjar pituitary di otak. Kehadirannya dalam aliran darah akan membantu
proses menolak keluar susu yang dhasilkan ke areola. Hormon oksitosin bertindak
pada otot-otot yang mengelilingi alveolus dan duktus susu supaya susu dapat
digerakkan perlahan-lahan ke kawasan areola dan berkumpul di situ.
Wednesday, 13 February 2013
Resepi Tradisional Banyakkan Dan Pekatkan Susu Badan
Sebelum mengamalkan
petua-petua tradisional, ibu-ibu perlulah mempunyai keyakinan diri terhadap
kebolehan menghasilkan susu tanpa bantuan luaran serta terus menyusui bayi
sekerap yang mungkin. Tidak semua bayi akan menangis untuk meminta susu kerana
ada bayi yang kerap tidur.
Monday, 11 February 2013
Nak Cantik Tak Perlu Jadi Artis, Amalkan Aje SET D, Alfalfa Dan ESP Protein
Orang Korea memang obses
dengan kecantikan kulit. Mereka sanggup beli pelbagai jenis produk kulit dan
tidak akan setia pada satu produk sahaja. Berbeza dengan orang Malaysia kalau
boleh jangan selalu tukar-tukar produk nanti bila tak sesuai mulalah naik
jerawat.
Saturday, 9 February 2013
Memahami Isyarat Bayi Untuk Menyusu, Jangan Biarkan Bayi Menangis Nak Susu
Bayi telah dikurniakan
dua reflex utama yang akan membantunya menyatakan hasrat untuk menyusu. Reflex yang
dimaksudkan ialah reflex mencari (rooting) dan reflex menghisap (sucking).
Tindak balas semulajadi ini boleh dijadikan panduan oleh ibu untuk mengetahui
tanda-tanda bahawa si kecil ingin menyusu.
Friday, 8 February 2013
Tuaian 9oz "Single Pumping" Kurang 10 minit
Ermm, sebelum ni pam
Spectra tu saya guna untuk double pumping, tak tahu apa masalahnya, double pump
tak function seperti selalu. So, terpaksalah
buat single pump buat sementara, memang ambil masa sikit buat single pam ni,
namun kerana saya amalkan SET 3M dengan teknik pam yang betul untuk single
pumping, saya berjaya
Wow..Makan Vitamin B dan Vitalea Dapat Juga 10oz.
Ramai
yang telefon dan bertanya mengapa susu badan tiba-tiba sahaja merudum sedangkan
Ibu konsisten dan selalu kosongkan payudara. Ada juga yang beritahu saya pengasuh anak
tidak lah beri susu pada bayi sampai
“overfeeding” menyebabkan bayi tak nak menyusu terus pada payudara apabila
balik rumah.
Tuesday, 5 February 2013
Cegah Pembunuh Senyap
Pengambilan apa-apa jenis ubat sekalipun seperti
ubat darah tinggi dan kencing manis sebenarnya jika diambil berterusan dalam
jangka waktu yang lama pula tu sebenarnya memberi kesan efek negatif jika
diamalkan setiap hari. Ibaratnya, menyelesaikan masalah tetapi masalah
baru pula yang timbul. Ini adalah kata-kata seorang Professor pada saya.
Monday, 4 February 2013
Waspada Miss V Jangan Sampai Berkulat, Hangatkan Hubungan Intim Dengan Alfalfa (18sx)
Tiada seorang pun kaum wanita yang ingin Miss V mengalami keputihan yang teruk, gatal-gatal, berbau atau berkulat. Seperti yang kita tahu
setiap wanita pasti mengalami keputihan dan
itu adalah perkara normal bagi seorang wanita jika mengalami keputihan
kerana seperti organ lain seperti mulut yang sentiasa basah dengan air liur
serta mata
Saturday, 2 February 2013
Suka SET B, Perah Pakai Tangan Je Dah Boleh Dapat 8oz
Teknik marmet atau ramai mungkin tak tahu istilah ni ialah perah susu guna tangan tanpa ada sebarang bantuan alat pam yang lain. Ini merupakan salah satu cara yang sangat praktikal sebab tak payah usung breastpump yang ringan mahupun yang berat itu ke sana sini dan paling best tak payah nak sabun-sabun, basuh-basuh gadget pam yang kecil-kecil itu.
Cintai Isteri Sepenuh Hati. Cintai Tanpa Syarat.
Saya tertarik dengan
kata-kata seorang pakar perunding psikologi keluarga dan guaman syarie, Puan Suzana
Ghazali di blog beliau, sikap berterus terang amat penting dalam mengeratkan
hubungan suami isteri. Segala apa yang dirasai, segala tidak kepuasan hati
malahan perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan seksual perlulah
diluahkan kepada pasangan masing-masing.
Bayi Pramatang: Hebat !! Bantuan SET B, Tanpa Susu Formula, Tanpa Direct Feed Selama 39hari. Berat Badan Bayi Pun Naik.
Susu ibu adalah makanan semulajadi buat bayi. Bagi bayi yang dilahirkan pramatang (tidak cukup bulan) susu ibu
adalah perlu untuk mengatasi masalah kerosakan pada sistem penghadaman bayi
yang belum matang itu. Susu ibu juga membantu memberi kesihatan yang baik di
mana susu formula tidak akan dapat beri sebaik susu ibu.
Sunday, 27 January 2013
Making More Milk..?? Dulu Pam 1 Jam Nak Dapat 3oz Susah, Kini Boleh Dapat 5oz Pam 1/2 Jam Je
Erm..today punya entry saya nak share bacaan yang
santai je to all readers. Making more milk.. bertahan selama 2 tahun..saya mampu, ibu semua pun
mampu. Cepatnya masa berlalu, saya dah
menyusukan Iman 1 tahun, 3 bulan, 1 minggu, 4 hari. Memang sangat challenging
sepanjang tempoh ini namun apa saja untuk Iman saya usung juga pam Spectra yang
berat tu setiap hari ke opis.
Friday, 25 January 2013
Didik Anak Berkata Baik
Wah, petahnya anak kecil sekarang berkata-kata.
Sampaikan ada masanya, lidah kita orang dewasa pun boleh jadi kelu. Tapi
bukanlah sebab kita kehabisan idea untuk membalas, Cuma kerana tidak menyangka
ayat yang terpacul dari bibir mereka. Malah, hati kita pun turut berbisik, kurang
ajarnya dia.
Wednesday, 23 January 2013
Luka Bersalin Punca Murung
Hari ini public holiday tapi bangun awal sebab tak
boleh tidur la pula lepas susukan baby.
Saya on lappy, then nak google pasal barangan bayi, tetiba ada satu link
tu menarik perhatian saya. So, saya decide nak share dengan para Ibu, wanita
dan suami. Bukan hanya wanita perlu tahu, suami juga WAJIB tahu.
Tuesday, 22 January 2013
Bukan Hanya Susu Meriah, Stamina Kuat Juga Tak cepat Letih Dengan Set Penyusuan+Set Berpantang+ ESP
Set penyusuan Shaklee
pasti dapat membantu ibu-ibu dalam menjalani kehidupan seharian yang ebih
cergas dan meneruskan penyusuan yang berjaya sehingga sekurang-kurangnya 2
tahun, tanpa ragu dan bebas tekanan.
Kandungan vitamin dan mineral lengkap dalam vitalea memenuhi keperluan harian ibu dan menimbangi nutrisi yang diperlukan.
Monday, 21 January 2013
10 Sebab Saya Suka "Breastfeeding"
Kebanyakan ibu-ibu
sekarang menyusukan bayi tetapi ramai yang berhenti menyusukan bayi apabila
bayi berusia 6 bulan. Mengapa penyusuan kadang kala jadi sangat susah ? Kita
semua dah dengar banyak perkara tentang penyusuan, banyak maklumat di hujung
jari kita boleh dapat dan kita hanya perlu klik dan baca untuk tingkatkan diri dengan ilmu.
Saturday, 19 January 2013
Bayi Meragam Tak Cukup Kenyang, Ibu Mulai Gelisah
Bayi menyusu badan
sepenuhnya minta susu lebih lama dari biasa?
Jika dilepas bayi
meragam?
Ada orang ketiga tak kisah
lah siapa pun nenek, adik beradik, makcik pakcik atau kawan-kawan bersuara
“kasih makan je la, itu tandanya bayi lapar!”
Perhatian ! Bayi
dibawah usia 6 bulan, jangan diberi makan dulu!!!
Thursday, 17 January 2013
Bayi Dan Selimut Bedung
Ada sesetengah bayi
suka dibedung. Apabila nak tidur wajib dibedung, jika tidak sukar tidur atau
lambat tidur. Ada sesetengah ibu merasa risau dengan situasi ini apabila bayi sudah menginjak usia lebih 7 bulan masih
mahu dibedung setiap kali mahu tidur jika tidak asyik bermain dengan kaki dan
tangannya. Bila bayi tidak cukup tidur mulalah dia meragam. Sampai usia berapa
bayi harus dibedung?
Tuesday, 15 January 2013
Mengapa Saya Suka Set 3M, Dan Mengapa Ibu Menyusu Perlu Cuba Set 3M
Alangkah bahagianya
dapat menyusukan sendiri bayi dengan susu badan tanpa campur aduk susu formula.
Alhamdulillah saya tidak pernah bersungut
keletihan mahupun putus asa walaupun kadang kala ada ketikanya susu saya
juga mengalami pasang surut. Namun, kerana saya bersikap positif dan sentiasa
berdoa agar usaha dan niat saya untuk
bertahan sehingga 2 tahun penyusuan penuh hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Monday, 14 January 2013
Bawang Putih Si Kecil Yang Baik Hati
Anda suka makan bawang
putih atau bawang merah? Tanpa kita sedari atau tidak, bawang putih dan bawang
merah adalah 2 sumber tumbuhan yang memang ada disebut di dalam Al-Quran, surah
Al-Baqarah ayat 61 berbunyi begini,
“Dan ingatlah ketika
kamu berkata: “ Wahai Musa, kami tidak sabar dengan satu macam makanan sahaja.
Thursday, 10 January 2013
Meriahnya Susu, Sekali Pam Cepat Je Botol Dah Penuh
Ramai dikalangan kita anggap vitamin dan mineral cuma penting masa hamil je. Lepas je bersalin tak payah dah susah-susah nak telan tu semua. Sepatutnya di kala kita menyusukan bayi lah pengambilan suplemen juga cukup penting sama masa kita hamil.
Wednesday, 9 January 2013
Fobia Sakit Pinggang, Sakit Belakang, Kaki Kejang Juga Sembelit Sewaktu Hamil?
Buat mama yang bakal bergelar ibu, sangat
penting untuk mama ketahui bahawa kesihatan fizikal, mental dan spiritual
sangat penting diberi perhatian utama. Barulah bayi yang dilahirkan nanti akan
sihat dan pintar. Hari ini ingin cerita tentang supplemen penting semasa
kehamilan selain dari asid folik, dan zat besi iaitu kalsium dan protein.
Tuesday, 8 January 2013
Payudara Terasa Gatal-gatal Ketika Hamil
Tidak perlu gusar atau
bimbang kerana apa yang Ibu alami tidak mempunyai kesan secara langsung
terhadap bayi yang bakal lahir mahupun penyusuan nanti. Kegatalan yang dialami
di bahagian payudara merupakan perkara biasa sewaktu hamil. Masalah ini sering
kali dikaitkan dengan kesakitan,bengkak dan payudara sensitif.
Monday, 7 January 2013
Sukar Hamil, Ketahui 7 Kesilapan Sukar Hamil ~ BACAAN DEWASA~
Mungkin tanpa disedari,
tabiat dan gaya hidup anda selama ini punca masalah sukar hamil. Mengubahnya
kepada positif, siapa tahu selepas ini memiliki zuriat sendiri bakal menjadi
kenyataan. Kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap kebahgiaan ibu dan ayah. Bertuahlah bagi pasangan suami
isteri yang terus dikurniakan zuriat selepas berumah tangga.
Sunday, 6 January 2013
2 Bulan Ambil Set D Kulit Cerah, Badan Bertenaga
Sebahagian wanita mahupun lelaki mendambakan kulit yang cerah dan tiada masalah jerawat. Kita dapat lihat ramai antara kita mengeluh tentang masalah kulit. Memang benar, bukan mudah untuk dapatkan kulit cerah mahupun tona kulit sekata seperti membayangkannya. Masalah umum yang berlaku, kulit nampak kusam, kering dan gelap.
Thursday, 3 January 2013
Ketahui Rahsia Kulit Bebas Jerawat, Lembap,Bersinar,Senggugut Pun Hilang
Masalah kulit memang
tidak akan habis dibahaskan. Selagi kulit memang bermasalah, selagi itulah
masalah kulit tetap ada. Ini adalah kerana kulit merupakan organ terluar yang
melindungi organ-organ tubuh yang lain sehinggakan sebarang gangguan atau cela
yang berlaku akan nampak kesannya pada kulit. Jadi tidak hairanlah kulit jadi
gelap dan kusam jika tiada perawatan dalaman.
Tuesday, 1 January 2013
Bosan, Suami Tak Prihatin !!
Ajaran Islam
menggalakkan para ibu untuk menyusukan anaknya selama 2 tahun dan ia bukan
semata-mata untuk suka-suka sahaja sampai 2 tahun . Mengapa? Pemberian susu ibu
berpengaruh terhadap generasi yang berjiwa dan berakhlak karimah. Namun saat ini di era
moden dimana banyak ibu bekerja sehingga
para ibu enggan menyusui anaknya hingga 2 tahun bahkan ada yang tidak menyusui
bayinya sama sekali.
Normalkah Berat Badan Bayi Saya?
Soalan biasa yang akan
ditanya oleh tetamu yang datang melawat bayi ialah beratnya. Berdasarkan teori,
saiz bayi yang dianggap sihat dan normal adalah di antara 3.5kg-4.5kg. Dan
fakta menarik yang perlu diketahui ialah berat badan bergantung kepada saiz suami
anda. Sekiranya berat badan bayi kurang atau lebih daripada parameter yang
dinyatakan, itu tidak bermakna bayi Ibu bermasalah. Dia masih lagi sihat dan
normal.
Subscribe to:
Posts (Atom)