Ramai wanita terutama
ibu moden masa kini memandang mudah pada amalan berpantang selepas bersalin.
Akibat tidak mengamalkan cara berpantang yang betul sama ada dari segi
pemakanan mahupun rawatan tradisi, ada sesetengahnya mengakui sakit badan dan
sukar tidur malah ada ketika lenguh pada tangan dan kaki.